Carian  
 
 
 
     
 
Kemudahan / Peluang
Bahagian
Daerah
Pautan JPS
Maklumat Hujan & Paras Air
Sumber Rujukan
 
 
 
 
 
Latar Belakang Jabatan
 

Latarbelakang JPS

Jabatan Pengairan Dan Saliran sebelum 15 Mac 1989 dikenali sebagai Jabatan Parit Dan Taliair, yang ditubuhkan pada 1 Januari 1932 bagi melaksanakan fungsi-fungsi pengairan dan saliran yang sebelum itu dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya. Penubuhannya adalah merupakan satu langkah kerajaan bagi menggalakkan penanaman padi supaya negara tidak terlalu bergantung kepada bekalan beras yang diimport.

Diperingkat awal, selain daripada pembangunan kemudahan pengairan, jabatan juga terus terlibat di dalam kerja-kerja saliran pertanian dan pemeliharaan sungai. Melalui fungsi-fungsi tersebut, jabatan telah banyak memberikan sumbangan bagi menjayakan pembangunan pertanian di negara ini. Akibat bencana banjir besar yang menimpa negara pada tahun 1971, fungsi tebatan banjir dan hidrologi telah dipertanggungjawabkan kepada JPS pada tahun 1972. Pada tahun 1986 fungsi kejuruteraan pantai ditugaskan kepada JPS dan pada tahun 1995 fungsi Saliran Bandar pula ditugaskan kepada JPS. Dengan keadaan persekitaran dan keperluan yang sentiasa berubah-ubah, JPS dijangka memainkan peranan yang lebih mencabar pada masa-masa akan datang.

Sejarah

Pada mulanya pejabat JPS Daerah Kuala Kangsar ditempatkan di Aras 4 di Bangunan Pejabat Kerajaan Negeri Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar. Pada 15 Mac 2010, pejabat ini telah berpindah ke Aras 1 dalam bangunan yang sama selepas dikosongkan oleh Jabatan Kerjaraya yang berpindah ke bangunannya sendiri serta terdapat sebuah bangunan kecil JPS ditempatkan di Sungai Siput tetapi segala urusan adalah di JPS Kuala Kangsar. Manakala JPS Hulu Perak pula ditempatkan di Bangunan Persekutuan Gerik dan pada 15 Disember 2010 telah berpindah ke Tingkat 1, Kompleks Kerajaan Negeri, Jalan Sultan Abdul Aziz, Gerik.

Fungsi utama JPS Daerah Kuala Kangsar adalah dalam bidang Pengairan, Pemeliharaan Sungai, Saliran Pertanian dan Tebatan Banjir

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Kangsar kini mempunyai seramai 111 orang kakitangan sehingga 31 Disember 2010 diketuai oleh seorang Jurutera Daerah.


Objektif

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang di luar kemampuan sesuatu kumpulan sasar dan seterusnya memastikan penggunaan tanah yang optimum dan pengurusan air negara yang cekap.


Visi

Menjadi antara organisasi sektor awam yang unggul di dunia.


Misi

Menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon pantai bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelastrian alam sekitar.


Fungsi/Peranan Utama Jabatan JPS Kuala Kangsar/Hulu Perak

  1. Kejuruteraan Sungai
  2. Pengairan
  3. Saliran Bandar dan Rancangan Teabatan Banjir (RTB)
 
Info Terkini

CARA-CARA INSTALASI MOBILE APPS

Mulai 23 April 2014, anda boleh instalasi Mobile Apps JPS Perak di dalam telefon bimbit anda dengan cara-cara berikut (menggunakan telefon bimbit Android sahaja) :-

1.  Pergi ke Play Store.

2.  Di ruangan Search, taip JPS Perak.

3.  Klik Install.

Anda akan mendapat notifikasi tentang aduan, tender atau sebutharga baru dan acara untuk rakyat di telefon bimbit anda.

Terbaru : Aduan Pantas

Sekiranya anda mempunyai aduan/masalah berkaitan JPS Daerah Kuala Kangsar/Hulu Perak, sila isi borang aduan di sini. JPS Daerah Kuala Kangsar/Hulu Perak akan memberikan sepenuh perhatian terhadap permasalahan anda.

Penambahan Perkhidmatan
JPS Careline

 Talian JPS Careline dengan fungsi utamanya mengendalikan aduan awam, kini telah memperluaskan perkhidmatannya dengan menyediakan maklumat berkenaan :

  1. Paras Air Sungai-sungai Utama
  2. Iklan Tender
  3. Penender Berjaya
  4. Kalendar Peristiwa
  5. Direktori
Ramalan Cuaca
Bancian
Apakah pendapat anda terhadap laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Kangsar / Hulu Perak?
Memuaskan
Sederhana
Tidak Memuaskan
 
Jumlah Pelawat
Hari ini 1
Semalam 66
Minggu ini 333
Minggu lepas 636
Bulan ini 67
Bulan lepas 2582
Jumlah 91802
Arkib
 
     
 
logo JPS

Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Kangsar / Hulu Perak
33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 60 5-7761177  Faks: 60 5-7766792

Best viewed using Internet Explorer 8.0 or above with 1024 x 768

Kemaskini Terakhir : Isnin, 29 September 2014
Ezyweb Content Management System